Thursday, December 31, 2009

Emas Public Gold di Kuala Kangsar

Salam semua,

Alhamdulillah persiapan selama sebulan ini banyak mengajar saya bagaimana untuk berurusan dengan pelanggan. Walaupun pada mulanya pelangan saya hanya terdiri daripada kawan-kawan terdekat. Kini saya cuba untuk meluaskan pasaran emas Publicgold di seluruh kuala kangsar dan Perak.

So Warga kuala kangsar jangan malu-malu untuk bertanyakan sebarang perkara mengenai emas pada saya. InsyaAllah, jika saya boleh jawab saya akan kongsi, jika tidak saya akan cuba rujuk pada buku atau rakan lain.

Pada kali ini saya ingin berkongsi iklan (flyers) pertama saya yang akan diedarkan di seluruh pekan kuala kangsar pada 1 Januari 2010. Walaupun begitu 'simple' tapi saya harap dapat membuka mata/ minat masyarakat di kuala kangsar terhadap emas pelaburan.





Untuk permulaan ini saya hanya keluarkan emas dinar untuk pengenalan kerana emas dinar lebih murah dan untuk yang baru hendak mengenali emas boleh mulakan dengan 1 Dinar. Saya akan cuba promosikan 'Kempen 1 bulan 1 Dinar'. Kenapa saya adakan kempen ini, sebab 1 dinar boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, harganya kurang dari RM600 buat masa ini dan kecil lebih mudah untuk disimpan.

Dengan kaedah 'Averaging cost' atau pemurataan kos anda mampu meraih keuntungan melalui pelaburan emas ini. Walaupun harga emas turun atau naik, dengan kaedah ini anda akan dapati harga purata emas anda akan menjadi lebih murah.

Jika anda seorang yang agresif, kaedah pajak gadai (Arrahnu) boleh digunakan untuk memiliki keuntungan jangka pendek. Di Kuala kangsar, AGRO Bank masih lagi menerima emas dinar untuk di gadaikan. Sila semak artikel saya mengenai 'Merimpit emas dengan Arrahnu Agro Bank'.

Baiklah, orang di Kuala Kangsar dan Perak jangan malu-malu untuk bertanya mengenai emas ini saya sedia membantu. Ini bukan pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan setiap bulan, jika anda beli, anda dapat emas. Semak harga di website http://www.publicdinar.com/ atau http://www.publicgold.com.my/  kalau rasa dah untung nak jual boleh call saya.

Jangan malu-malu, call/sms saya faizbhr 019-6346608 atau email : faizbhr@yahoo.com.my

Selamat Tahun Baru 2010 - Azam baru memiliki emas untuk kemewahan masa hadapan

Hadiah Hebat Bakal Menanti Anda Tidak Lama Lagi...Tungguuu.....

Tuesday, December 29, 2009

Temui Pakar Pelaburan/ Ekonomi di Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas (16 Jan 2010)



Assalamualaikum dan salam emas, seperti biasa dah lama saya tak update blog. sibuk dengan kerja dan urusan lain. Kali ini saya nak kongsi bersama satu peluang yang jarang-jarang diperolehi di Malaysia. Satu seminar mengenai krisis kewangan dan peranan emas. Penceramah yang akan hadir adalah terdiri daripada pakar-pakar kewangan dan pelaburan emas. Bukan senang nak dapat ni.

Baik untuk orang kuala kangsar, Taiping, Ipoh dan seluruh Perak saya sarankan rebutlah peluang ini untuk menambah ilmu mengenai emas fizikal dan mengetahui prestasi ekonomi untuk tahun 2010.

Maklumat mengenai seminar adalah seperti berikut :-


Barisan Panel Penceramah :-

1. YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
    Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
    (sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
    Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

2. Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
    Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

3. Louis Ng.
    Pengerusi Eksekutif,
    Public Fine Gold International Sdn Bhd
    Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

4. Nik Mahani Mohamed
    Pengarah Eksekutif,
    Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
    Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini
5. Syukor Hashim
    Admin www.jutawanemas.com
    Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
    Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Cara-cara mendaftar seminar ini :-

  • Hubungi/ sms saya 019-6346608, berikan nama penuh, no telefon / email anda.


  • Bank-in RM50 ke akaun Maybank 162133013697 Muhammad Faiz Baharullah


  • Emailkan bukti pembayaran ke faizbhr@yahoo.com.my


  • Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan berikan pengesahan pendaftaran anda.


  • Selesai

Sekali lagi saya sarankan kepada semua orang Perak, datanglah ke seminar ini. Peluang sebegini bukan selalu ada di Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..

Monday, December 21, 2009

'Merempit' EMAS dengan ArRahnu AGRO Bank

Dalam kesibukan kerja masih sempat lagi saya datang ke seminar Public Gold yang diadakan di Putrajaya. Bukan apa nak tambah ilmu dan nak tahu perkembangan emas terkini, satu lagi nak support 'upline' (mcm MLM pulak). Mesti support sifu kita, sebab merekalah yang membuka minda emas rakyat Malaysia.



Ok, pada kali ini saya nak kongsi pengalaman pajak emas PG di AGRO Bank Kuala Kangsar. Pagi tadi call dulu, tanya samada terima emas jongkong dan syiling tak? mereka jawab terima as long as EMAS.. So time rehat saya pegi AGRO bank untuk tanya lebih lanjut.

Terima kasih kepada Pn Fuzillah dari unit kredit kerana banyak membantu dan beri tunjuk ajar berkaitan pajakan emas di AGRO bank. Sebagai percubaan saya gunakan syiling emas 999 seberat 50g untuk 'rempit'
permulaan. Ada beberapa test :-
1. Test berat = lulus 50g 
2. Test ketulenan = lulus Emas 24K.

Dari segi nilai marhum 50g = RM6965.00. Sebagai pajakan pertama kali, hanya 60% dari nilai marhum sahaja yang boleh dipinjam. So saya ambil RM4000 jer. Upah hanya RM250.74 untuk 6 bulan.

Tak sampai 1/2 jam, boleh dapat duit. Nak buat ape dgn duit ni?? Saya akan beli lagi emas untuk stok simpanan saya. Macamana saya nak bayar semula pinjaman ni dalam tempoh 6 bulan? Tunggu saya akan kongsi bersama bagaimana keuntungan diperolehi dengan kaedah 'MEREMPIT' ni.. Salam Emas...

Saturday, December 12, 2009

Harga Emas dah turun... Sampai Bila???

Salam, Dah lama tak update rasanya.. Baiklah dalam seminggu ni saya sibuk untuk menguruskan pendaftaran saya sebagai agen Public Gold. Banyak dugaan sebenarnya... 1. Harga emas naik secara mendadak. 2. Tidak pasti bila masa sesuai nak lock harga. Tapi alhamdulillah akhirnya pada 4 Disember 2009 saya telah berjaya untuk menjadi agen.

Rezeki setiap insan telah ditentukan Allah, jadi saya redha dengan penurunan harga emas ini. Tetapi alhamdulillah, ramai yang bertanyakan tentang emas PG pada hari pertama saya menjadi agen dan ada juga yang lock harga dengan saya.

Pada hari Jumaat lepas (4 Disember 2009) US telah mengumumkan kadar pengangguran di US menurun. Selepas itu, nilai matawang USD telah naik dan harga emas turun. Memang tak tido dibuatnya..Tapi bila difikir2 balik ini adalah petanda baik.. Sebab apa, dari bacaan saya di website jutawanemas.com bila harga turun adalah masa sesuai untuk menambah stok emas kita. Duit dah takde camne nak beli???

Senang je, guna khidmat Ar-rahnu untuk dapat modal.. Macamane yer? Saya pun tengah belajar dengan sifu-sifu yang ada.. Nanti bila dah try saya akan kongsi bersama.. 11 Disember 2009 harga emas ditutup pada USD1115.10, sape ada modal boleh lock harga ni.. Rugi tak lock sekarang harga runtuh ni sempena Year&Sales (YES).. Sampai bila harga emas akan turun yerk??

Hubungi/sms saya faizbhr 019-6346608 untuk lock harga emas anda... salam emas..

Wednesday, November 25, 2009

Gold Investment Account - Public Bank

Alhamdulillah, saya dah simpan 5 keping 1 dinar utk permulaan. Tapi kali ini saya nak kongsi pengalaman lalu semasa belum cukup ilmu tapi tindakan dah ambil. Iaitu pelaburan emas dalam Gold Investment Account (GIA) di Public Bank.

Saya telah buka GIA pada 23 Okt 2008 harga emas pada masa tu RM84.99/gram. Nak bukak GIA minimum kena 20gram. So 20g x RM84.99 = RM 1699.80. Nasib baik ada kawan kat bank tu so dia tunjukkan cara2 nak bukak. Isi borang untuk GIA dan kena buka saving acc. Then dapatlah buku GIA seperti di bawah :-

Mula2 nak tambah lagi tapi sebab asyik nak tunggu bila harga nak turun. Dari hari ke hari harga tak turun2 jugak. Bila turun rasa tamak pulak, sebab asyik fikir mesti akan turun lagi. Akhirnya, harga emas dah melambung. Target masa bukak GIA dulu nak tunggu RM120/g. Tapi bila bulan Feb 09 harga emas naik RM 104.97/g, kalau masa kita akan rasa harga emas takkan naik lagi sebab masa tu trend tak menunjukkan harga emas akan melambung macam sekarang. So malas nak tunggu harga macam target, saya jual balik 10gram. So 10g x RM104.97 = RM1049.70

Nak cerita untung pulak:-
  • Beli : 10g x RM84.99 = RM849.90
  • Jual : 10g x RM104.97 = RM1049.70
  • Beza : RM1049.70 - RM849.90 = RM199.80
  • Untung dalam lebih kurang 4 bulan = RM199.80
  • Peratus keuntungan = 23.5% dalam masa 4 bulan.

Keuntungan 23.5%, banyak ker? Banyak la tu, sape nak bagi keuntungan simpanan sampai 24% dalam 4 bulan.

Sekarang harga terkini pada 25 Nov 09 :-

Harga pada 25 Nov 09 Selling RM131.02 dan Buying RM 125.92. So tak mustahil target yang saya impikan tetap akan tercapai, cuma kita kena sabar. Jika saya jual 10g lagi pada hari ini. Berapa keuntungan saya yer??? kiralah..

Thursday, November 19, 2009

Indahnya Memiliki Emas

Alhamdulillah, akhirnya dengan hati yang tenang berjaya juga membeli emas. Walaupun dinar emas, tapi cukup berbaloi memilikinya sebagai langkal awal.

Saya telah membeli 2 keping 1 Dinar pada harga RM 567 sekeping. Takde lah susah sangat. Kalau nak senang dan cepat terus call agen PG. Saya cuma nak testing perkhidmatan PG. Payment pun dah buat dan just tunggu esok delivery camne...

20 Nov 2009 - Tunggu punya tunggu tak call2 kedai PG ni.. kenapa yer? Bila saya call pukul 12pm, baru saya tahu emas yang di order tidak dapat diberi pada hari ini. Person incharge di PG hanya cakap akan call bila dapat kenal pasti agen yang terdekat. Sampai malam tunggu2 tak call2 jugak.. kenapa yer?

21 Nov 2009 - Harga emas akhirnya tutup $1150.90, belek2 blog pokli dan ghazali(ipoh). Teringin nak tambah stok, sebab ghazali nak ke PG bkt jambul. So pagi saya call ghazali, dia ondaway ke penang. Saya order 3 keping 1 dinar dan duit dah bank-in dalam acc ghazali. Sekarang tengah tunggu ghazali singgah k. kangsar. Tapi ofis PG masih belum call saya, utk inform siapa yang akan hantar emas yang saya order khamis lepas.. So harapan saya sekarang maybe PG kirim dengan ghazali sekali kot..

Akhirnya, penantian penuh dugaan berakhir. Jam 9.30pm, Agen ustaz wan baru call, dia akan hantar 2 keping 1 dinar esok petang atau isnin pagi. itupun, dia pas pada agen kuala kangsar Pn Rabiatul. Baru rasa lega sikit. Ini memberi kesedaraan kepada saya bahawa aspek 'customer first' perlu diterapkan supaya pelanggan tidak tertanya-tanya sebab duit dah bank-in banyak.
Satu lagi berita baik, jam 10.30pm ghazali ada sms. 3 keping 1 dinar saya akan dihantar esok kerana masalah yg tak dapat dielakkan. So semua status emas saya sudah diketahui.. Baru rasa lega.. So tunggu esok untuk melihat hasilnya.

22 Nov 09 - Finally, jam 3.30pm penantian 3 keping 1 dinar telah berakhir. Terima kasih pada ghazali kerana dapat hantar harini. Semoga perkenalan ini dapat mengembangkan lagi bisnes emas di Perak. Ok hanya tinggal 2 keping, maybe esok so tunggu je la.

Kesimpulan daripada pengalaman saya ini, kepercayaan daripada pengguna kepada agen amatlah penting. Kami sedaya-upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya pelanggan tidak perlu tunggu lama. Sebab itu, dalam artikel yang lepas 'Integriti dalam diri' ada saya bincangkan supaya mengamalkan 4 sifat para nabi & rasul. Jati diri ini perlu ada pada setiap agen/ individu. Cuma perlu ada cara untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya pelanggan akan cari kita sampai bila-bila.

Monday, November 16, 2009

Harga Emas Melambung lagi

Bagaimana harga emas boleh melambung.. Banyak pihak ada menerangkan mengenai perkara ini. Dari pemerhatian saya, harga emas ini melambung banyak bergantung pada nilai US dolar dan berita2 yang berkaitan dengan emas. Sebagai contoh pada 3 Nov 2009 - India membeli emas sebanyak 200 tan drpd IMF, harga emas terus melonjak hingga $1100 ke atas.

Pada Jumaat lepas harga emas turun sedikit sehingga $1103, selepas itu penghujung Jumaat harga emas ditutup pada $1118. Dalam hari Sabtu dan Ahad berbagai cerita mengenai harga emas akan melonjak lagi.

Awal pagi hari ini (16 Nov 09) berita nilai dolar merosot dan melonjakkan nilai emas sehingga $1130. Ini sesuatu yang dapat dikaji mengenai harga emas. Harga emas banyak bergantung daripada nilai dolar dan berita yang berkaitan ekonomi.

Ini pandangan saya, banyak lagi yang perlu saya belajar. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak saya dapat melihat dari mata kasar bila masa yang sesuai untuk menjual/membeli emas.

Tuesday, November 10, 2009

Langkah pertama adalah Masa Depan

Alhamdulillah, dalam kekalutan bertugas di Sri Manjung 2 hari ini dapat juga saya meneruskan hasrat untuk memohon 'Personal Loan' di bank. Bila sampai bank pegawai takde pulak, saya call dia kata petang. Dalam pukul 5.30pm baru dapat jumpa dalam bank. Dokumen semua ok..
Saya tanya bila boleh dapat, dia kata 10hari bekerja. Saya ingat 10 hari tu paling cepat, tapi paling lambat sebab saya tanya bank yang sama di Sri Manjung, pegawai tu kata paling lambat sebulan. So tinggal nak tunggu duit jer.. TQ banyak2 kepada En Nazam. So orang kuale kalau nak buat loan boleh jumpa En Nazam ni.. kerja dia bagus dan meyakinkan..

Jadi inilah langkah pertama saya dalam pelaburan emas. Apply loan.. Saya ada pergi beberapa bank untuk tanya berkaitan loan. Ada beberapa ciri yang saya cari sebelum apply loan:-


  1. Tiada Penjamin - sekarang ni dah banyak bank menawarkan loan tanpa penjamin. Syarat2 pun dah ok sikit berbanding dulu. Tapi ada syarat2 minima yang perlu dipenuhi.


  2. Kadar keuntungan yang rendah - rate ni bergantung dengan ekonomi, dulu masa loan pertama rate paling rendah 5.05%, tapi sekarang 3.25% pun ada bergantung tempoh bayaran semula.


  3. Cara bayaran - sekarang ni dah mudah, terus tolak dalam slip gaji jer. So tak perlu risau terlambat bayar. Sebab kita ni kalau kene bayar kat kaunter mesti kadang2 ter'miss'.


  4. Tempoh bayaran - dulu tempoh paling lama pun dalam 10 tahun jer. Sekarang ni ada yang sampai 18 tahun. Untung ni kalau pinjam untuk masa depan anak, buat loan lepas tu labur tunggu anak 18 tahun baru guna. Jadi anak kita tak perlu pinjam PTPTN untuk belajar di U.

Jadi saya apply ni BSN sebab tak perlu penjamin, rate lebih rendah untuk tempoh bayaran yang lama dan cara bayaran potongan biro angkasa. Dalam tempoh 10 hari dah dapat duit... Senangkan...


"Anda perlu mensasarkan lebih daripada apa yang anda kehendaki bagi mencapai apa yang anda kehendaki - Ralph Waldo Emerson"

Monday, November 9, 2009

Gold is MONEY... That's It - JP Morgan

Emas itu duit.... saya ambik dari kata hikmat dalam website Public Gold. Slogan tu membuat saya terfikir kenapa tidak bertindak dari dulu lagi..

Ok.. harini saya nak kongsi bersama tentang emas Public Gold.

1. Siapa Public Gold?

- Nama syarikat : Public Fine Gold International Sdn Bhd

- Lokasi : Bukit Jambul, Penang

- General Manager : Mr Branson Saw

2. Apa produk ?



- Jongkong emas 999 : 20g, 50g, 100g



- Syiling emas 916 : 1dinar, 5dinar, 10dinar
3. Berapa Harga satu produk?

Harga bergantung kepada nilai pasaran emas antarabangsa. Harga yang dipaparkan di update 24 jam.


4. Macamana nak beli?
- Datang sendiri ke kedai Public Gold di Penang atau Sunway, PJ.
- Beli dari agen2 diseluruh Malaysia. (Tapi beli dgn agen lagi senang, jimat kos)
- Senang saja, customer tengok harga dalam website Public Gold, then lock harga dengan agen, Bank-in duit, emas anda akan dihantar mengikut perjanjian.

5. Apa nak buat dengan Emas yang dibeli?
- Seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Emas adalah sebagai portfolio pelaburan anda.
- Target objektif pelaburan... simpan emas dan tunggu harga naik.. Jual balik pada agen Public Gold.
- Selain itu, pergi Bank rakyat/ Ar-rahnu pajak emas di sana, dapat pinjaman +- 75% daripada nilai emas. Duit pinjaman tu beli emas lagi..
Senangkan...
Saya akan ceritakan langkah pertama saya dalam pelaburan emas ini.. tunggu artikel yang akan datang....

Sunday, November 8, 2009

Emas sebagai portfolio pelaburan

Secara ringkasnya semua memerlukan emas dalam kehidupannya. Sebagai contoh :-
  1. Nak bertunang/ kawin - mesti beli cincin emas.
  2. Hadiah Ulangtahun - bagi emas
  3. Nak kelihatan cantik - pakai emas
  4. Dapat anak perempuan- bagi emas

dan banyak lagi. Boleh dikatakan emas ni sinonim dalam kehidupan. Kenapa emas? Pelbagai fakta dan hujah telah dibincangkan oleh jaguh2 emas di Malaysia.

  1. Firstly yang paling saya kagum En Shukor pembuka minda rakyat Malaysia untuk kenal emas. Dengan info-info yang padat mengenai emas, banyak yang saya pelajari keistimewaan emas. (Layari www.jutawanemas.com)

  2. Public Gold - kilang emas di Malaysia (gold bar & gold coin). Selain promosi untuk beli produk syarikat, website PG ni menerangkan info-info berguna mengenai emas. (Layari www.publicgold.com.my)

  3. Blog En Fazli aka Pokli - Mula kenal dengan membaca blog pokli.com. Pada 7 Nov 09 lepas jumpa beliau untuk penerangan pelaburan emas. InsyaAllah, beliau akan menjadi mentor saya dalam pelaburan emas ini. (Layari www.pokli.com)

Kesedaran mengenai emas ini pada diri saya dah lama dah... sejak belajar kat U dulu. Banyak perkara yang dirancang... konon2 dapat duit loan belajar 1/2 nak guna untuk belajar dan lagi separuh guna nak beli rantai/gelang emas. Ialah belajar kat UiTM bukan mahal mana pun.. kalau guna banyak duit pun sebab sewa rumah. Tapi itulah manusia ni, takut jadi punca. Last-last habis semuanya duit loan tu entahlah kemana..

Lepas tu bila dah keje dan mula kenal emas melalui jutawanemas.com, pun sama juga takut nak bertindak. Masa tu harga dalam range RM 93/gram, ada kesedaran sikit buka akaun Gold Investment Account (GIA) kat Publicbank. Masa tu harga rendah la juga RM84.90/gram. Buka 20 gram. Masa tu peluang nak buat 'personal loan' ada, tapi masih takut untuk bertindak. Bila sekarang harga dah tinggi, mula menyesal mengapa tidak bertindak dulu.

So selepas penerangan ringkas pada 7 Nov 09 yang lepas oleh Mr Branson Saw, En Shukor dan Pokli. Saya nekad untuk melabur dalam emas. Saya pernah tanya En Shukor bila masa sesuai untuk melabur dalam emas. Dia kata - Kalau nak beli emas fizikal, beli ajer. Anytime is a good time. (jutawanemas.com/8okt09)

Apakah step yang akan saya ambil untuk melabur dalam emas? Bagaimana untuk saya mendapatkan modal? semua itu akan dikongsi bersama dalam blog ini..


- Jangan tunggu sehingga dahaga baru mahu berfikir hendak menggali telaga, kerana anda pasti mati kehausan-

Pelaburan = senang + untung








Bagaimana pelaburan anda sekarang?Menguntungkan atau oklah atau merugikan....

Ada bermacam-macam portfolio pelaburan yang ada di Malaysia ini, tetapi yang mana lebih menguntungkan? itu adalah persoalannya.. semua pelaburan boleh dikatakan membuat untung tapi ramai diantara kita memikirkan mana satu pelaburan yang paling menguntungkan.

Banyak blogger yang bercerita tentang idea pelaburan masing-masing contohnya : MLM, bela ikan keli, lintah, kambing, simpan ASB, Emas, berlian dan banyak lagi. Apa yang hendak saya kongsikan bersama ialah artikel dari blog POKLI. Pokli ni terkenal dalam pelaburan emas dan hartanah. Siapa dia? nantilah saya akan kenalkan dalam satu artikel. So terima kasih buat pokli dan minta izin nak guna isi artikelnya. (Layari http://www.pokli.com/)

Cadangan & Tip Untuk Portfolio Pelaburan (simpan dalam banyak bakul)

1) ASB (Dividen 7% - 10% setahun)...maknanya penuhkan...hehehewalaupun pulangannya 7-8% setahun..tapi kita boleh dapat lagi duit melaluinya...contohnya OD interest skrg CIMB BLR-1.25%...90% dr nilai Sijil ASB

2) Rumah (ROI 7% - 10% setahun)- (kalau lelong-30-50% wowowo)..bergantung pada kawasan- Income dari +ve Cash Flow Sewa Bulanan- Income dari Jualan beli rumah.....beli harga murah..jual harga Semasa- Refinance rumah anda untuk dapat modal.- HomeXtra...refinance rumah lelong ( boleh belajar dr Sifu Faridzaswadi/CTFara/Pie

3) Emas (ROI 25%-30%)- Income dari beli masa murah ....(Mcm skrg ni tgh murah harga harini USD870 / 1 Troy Oz) jual pada harga tinggi...(Paling tinggi USD1000)- Gadaikan emas tu kat Ar Rahnu/Ar Rahn/ Pajak Gadai Islam...boleh guna waktu kecemasan..kalau ada rumah banyak...nak jual @ sewa makan masa skit.......(pengalaman)-kalau anak nak masuk belajar/universiti ..boleh gadai emas...buat byr yuran(masa aku masuk UTM dulu..mak aku gi gadai Barang Kemas dia utk perbelanjaan.. :-(-(protection)satu tips lagi.....kalau contoh anda ada 5 keping Syiling Emas 1 oz......kalau kena buang kerja/diberhentikan/VSS/sakit ....anda masih boleh bertahan selama 5 bulan...sbb....setiap bulan jual setiap keping Syiling Emas Anda untuk tampung perbelanjaan bulanan....tu adalah andaian kalau gaji skrg anda sama mcm sekeping Syiling Emas...harga Semasa RM3300.

4) Saham (high risk, high return)-tak berani nak komen sbb tak penah main...tapi base on sepupu yg duduk main saham skrg..dia pesan suruh main yg harga murah2 contohnya RM0.05 sesaham.....satu lot baru RM50....sbb ada yg 5 sen naik menjadi 8 sen....untung dah 3 sen...okla...bayangkan kalau ada 10 lot....

5)Perniagaan (90% yang menjalankan perniagaan adalah GAGAL..........so hanya yg 10% je berjaya)- bab2 berniaga nih mmg kena kreatif..pandai menganalisa pasaran..permintaaan..penawaran...persaingan....- kena mahir dulu baru boleh berjaya-sekadar kongsi....kita berniaga apa yang kita minat/PASSION...contohnya....kalau minat kepada tumbuhan....libatkan diri dlm pertanian......kalau minat mengajar...kongsi ilmu...aka fasilitator..cikgu...boleh terlibat dalam bidang latihan...spt Chef Li, Azizi Ali,Irfan Khairi,

6) Dan lain-lain-yang ni segmen dia makin luas.....mungkin kawan2 boleh tolong tambah...salah satu caranya spt MLM,ebook,e-commerce....(jgn masuk skim cepat kaya & ponzi scheme sudah).....

itu cerita Pokli, tapi apa yang paling saya minat ialah pelaburan emas. Simpan emas dapat duit, jual emas dapat untung. Bagaimana nak buat? ikuti perkembangan blog ini. Saya akan mulakan dari zero to hero.. InsyaAllah..


-Sekiranya anda bekerja untuk duit, anda memberi kuasa kepada majikan. Sekiranya wang bekerja untuk anda, anda yang berkuasa -

Integriti Dalam Diri

Integriti ???

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah, sebab kita ada akal dan fikiran. Benda paling 'basic' dalam hidup adalah jujur. Secara ringkas, kalau kita jujur dengan orang lain, dunia akan jujur dengan kita sebab sifat jujur itu melambangkan harga diri seseorang. Kalau kita tengok apa tujuan paklah tubuhkan 'Institut Integriti Malaysia', ini kerana bagi menerapkan kejujuran dan profesionalisme sebagai budaya rakyat Malaysia. Bila semua orang jujur, tiada masalah rasuah, menipu dan sebagainya. So Malaysia akan menjadi negara paling aman di dunia.

Sebagai contoh, jika seseorang mengamalkan rasuah dalam pekerjaannya, pada mulanya memang menguntungkan dan selamat. Tapi sampai bila? ramai pengamal rasuah ini mendapat balasan pada akhirnya dan masa itu maruah diri akan terletak di bawah tapak kaki. itu belum kira rezeki yang kita dapat dari rasuah tu diberi untuk keluarga. Apa akan jadi pada keluarganya.

satu lagi menipu, sampai bila kita boleh menipu orang? adakah dengan menipu dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup. Ini satu lagi pengalaman saya masa sekolah dulu, ada sahabat saya kalau bercerita dia lah yang bagus, semua orang percaya dengan apa yang diceritakan. Satu hari, terbongkarlah penipuan yang dia ceritakan habis semua kawan2 'pulau' dia sampai sekarang. Kalau jumpa pun, semua pakat dengar je pecaya jangan.. Tengok kalau perkara ini jadi pada kita, dimanakah harga diri kita? Bukan setakat di sekolah jer.. sampai dah besar ni pun orang akan ingat keburukan kita.

Kita perlu amalkan 4 sifat nabi & rasul :-

  1. Siddiq - benar (perbuatan & perkataan)
  2. Amanah - dipercayai
  3. Fathonah - cerdas, pandai, pintar
  4. Tabligh - menyampaikan
So jika diamalkan 4 sifat ini dalam kehidupan kita, insyaAllah aman bahagia dan apa yang kita buat akan dibertaki Allah.

-Sabda Nabi SAW :


"Wajib atas kalian untuk jujur, sebab jujur itu akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga, begitu pula seseorang sentiasa jujur dan memperhatikan kejujuran, sehingga akan termaktub di sisi Allah atas kejujurannya.


Sebaliknya, janganlah berdusta, sebab dusta akan mengarah pada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke neraka, seseorang yang sentiasa berdusta, dan memperhatikan kedustaannya, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta" (HR. Bukhari-Muslim dari Ibnu Mas'ud)

Makan Gaji tetapi KAYA ?

Saya letih hidup kais bulan makan bulan!!! Anda bagaimana?

Kita mengatur hidup berdasarkan wang gaji iaitu sebulan gaji. Dengan gaji yang ada kita gunakan untuk bayar ansuran rumah, kereta, 'loan' belajar, insurans, bil-bil, petrol, wang poket, belanja dapur dan simpanan masa depan. Apabila gaji bulan depan diterima, kita akan meneruskan tradisi seperti bulan-bulan yang lain bagi menyelesaikan komitmen sebulan. Tetapi bila tiba musim perayaan atau 'SALE' ramai diantara kita akan terlebih belanja daripada kemampuan, lebih teruk lagi bila kita gunakan 'Kad Ajaib' - Belanja dulu, Bayar kemudian.

'Kad Ajaib' - kad kredit yang kita gunakan boleh dikatakan setiap minggu sekali. Kad kredit adalah bom jangka. Jika kita tidak beringat semasa menggunakannya, kita akan rungsing hingga akhir hayat. Jika habis hingga akhir hayat takpe, tapi boleh juga membebankan anak2 kita untuk langsaikan hutang.

Saya selalu terfikir apa akan jadi jika kita terlalu bergantung dengan sumber yang satu. Yang paling ditakuti, jika kita sakit, kemalangan dan kurang upaya, Apakah jaminan pekerjaan kita ini untuk menyara keluarga dimasa hadapan.

" Satu tiang asas yang kukuh tidak pasti dapat menyokong rumah yang hebat atau besar"

Sebab itu senario masa kini, ramai diantara kita akan mencari pendapatan sampingan bagi menampung lebihan perbelanjaan. Ramai memang ramai.. ada yang berjaya dan ada yang rugi.. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan kerana anda berjaya membina tiang tambahan yang kukuh bagi menyokong rumah yang hebat. Bagi yang rugi, akan cuba mencari cara lain untuk menampung hutang yang 'hebat'.
Saya nak cerita pengalaman saya.. Tahun 2007 mula bekerja dengan gaji RM 2000 sebulan. Hutang saya masa tu RM 35,000 - loan belajar. Jadi kene bayar sebulan RM 250. Baki gaji RM 1750. Selepas dapat jawatan tetap, saya beli sebuah kereta 'Wira' dengan ansuran bulanan RM 500. Hutang semakin bertambah jadi RM 35,000 + RM 40,000 = RM 75,000.

Selepas cukup setahun, teringin nak kawin pulak. Saya bersyukur kerana sepanjang setahun tu ada simpanan sebanyak RM 8,000. Itu mana cukup, saya buat 'personal loan' sebanyak RM 6000. Nasib baik parent banyak membantu untuk kenduri. Belanja barang hantaran terguna 'kad ajaib' pulak total untuk 2 kad kredit RM 6000. So hutang bertambah jadi RM 75,000 + RM 6000 + RM 6,000 = RM 87,000.

Jumlah ansuran bulanan saya :-

  • Loan Belajar - RM 250
  • Kereta - RM 500
  • Kad Kredit - RM 600 (kad 1 - RM 300, Kad 2 - RM 300)
  • Jumlah - RM 1350

Gaji saya sekarang RM 2500, baki yang saya ada sebulan ialah RM 1150 (tidak tolak bayar sewa rumah, bil-bil dan belanja bulanan)

So, Macamana saya nak langsaikan hutang2 ni. itu baru 2 tahun bekerja. Selepas ini, dapat anak atau nak beli rumah dll????
Oleh yang demikian, saya cuba mencari cara yang mudah dan berpotensi tinggi bagi menjana pendapatan tambahan tanpa mengganggu prestasi saya di tempat kerja. Bagaimana? Apa dia? Bacalah blog ini, biar saya cuba dahulu kemudian anda ikut. jika saya gagal, saya akan larang anda untuk ikut langkah saya.

" Beza antara orang berjaya dan sebaliknya adalah pada keinginan melakukan yang sukar"

Prakata - Apa yang kita cari?

"Jika anda ada harta dan tiada ilmu - anda ditipu
Jika anda tiada harta dan tiada ilmu - anda dikeji
Jika anda ada ilmu tetapi tiada harta - anda dipuji
Jika anda ada ilmu dan ada harta - anda disanjung"

Apabila kita menguasai ilmu dan mempunyai duit, kita mampu mengatakan 'tidak' bagi perkara yang bercanggah dengan tatasusila manusia yang bermaruah.

salam,

Ni first time aku menulis blog, sebelum ni aku hanya banyak membaca blog orang lain dan tidak pernah mencuba untuk membuat blog sendiri. Apa yang mendorong aku mencipta blog ini adalah untuk berkongsi ilmu yang cetek ini supaya dapat dikongsi bersama rakan2 diluar sana. Sekurang-kurangnya dapat aku hilangkan 'stress' selepas seharian bekerja.


Semua orang ada masalah tak kira dia di Malaysia ke, India ke, Singapura ke atau diseluruh dunia. Setiap manusia ada masalah masing2, tidak kira masalah kerja, masalah keluarga atau masalah 'KEWANGAN'. Dalam blog ini apa yang hendak dikongsikan adalah 'Bagaimana mengatasi masalah kewangan untuk generasi kita?"

"Seorang yang cerdik menukarkan masalah besar menjadi kecil dan masalah kecil menjadi tiada" - Pepatah Cina

So, Selamat membaca...