Thursday, August 5, 2010

SEMINAR SILVER oleh Mr Louis ng di Branch Ipoh

Salam semua, berita baik untuk semua warga Perak terutama orang disekitar Ipoh. satu seminar berkaitan silver(perak) akan diadakan di cawangan PG ipoh.. maklumat adalah seperti berikut:

  1.  Tarikh : 7 Ogos 2010 (sabtu)
  2. Masa   : 2.00pm hingga 5.00pm
  3. Tempat ; Public Gold cawangan Ipoh, Jalan yang Kalsom
Apa yang menarik ialah ada diskaun hebat akan diberikan kepada peserta seminar silver ini.. Rugi kalau lepaskan peluang ini.. Yang lebih penting seminar ini adalah PERCUMA.... Jadi orang Perak klau berminat boleh daftar dengan saya bagi Nama dan no telefon.. smskan ke 010-4003998, sebarang pertanyaan boleh terus telefon/sms atau email ke faizbhr@yahoo.com.my.

Tuesday, July 27, 2010

Pelaburan Emas Public Gold semakin meluas

Salam,
Memang terkejut dan gembira bila akhbar KOSMO keluarkan rencana mengenai pelaburan emas oleh Public Gold dalam keluaranya hari ini.. So ini menunjukkan emas daripada Public gold adalah terjamin dan tidak perlu diragui. Untuk membaca rencana tersebut boleh klik pada link ini Kosmo Rencana Utama.

Jadi seluruh rakyat malaysia tunggu apa lagi, jangan berlengah untuk memiliki sendiri emas anda. Emas adalah harta yang sebenar. Renungilah kata-kata ini :
"Saya menyedari
bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi
emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman".-Syukur
Hashim,JutawanEmas.com

Thursday, July 22, 2010

Harga Emas turun dan naik... ape maknenye???

Salam semua, sejak minggu lepas harga emas turun dan naik sedikit dan turun balik.. ape maknenyer yer? Jika anda ada info yang ingin dikongsi bersama boleh komen...
Kepada orang Perak, jangan lepaskan peluang ini. Beli semasa harga sekarang dan lihat kehebatan emas nanti.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 019-4003998 atau email faizbhr@yahoo.com.my

Monday, June 28, 2010

Pelaburan saya dah balik modal.... Anda bagaimana?

Harga emas yang naik sehingga hampir ke USD1300/oz , memang tidak dijangka. Jika dahulu semasa mula melabur saya beli dalam harga RM143/g.. Selepas itu, harga turun serendah-rendahnya dan sangat menyedihkan saya. Takut jugak sebab nak naik balik mungkin lambat atau tak naik langsung. Tetapi jangkaan saya memang meleset, tak sampai setahun saya dah dapat balik harga RM143/g dan boleh dikatakan balik modal + untung..
So anda semua jangan risau jika semasa anda beli emas harga tinggi lepas tu harga turun, InsyaAllah dengan izin Allah harga tersebut akan naik semula seperti target anda. ..

Harga 28 jun 10 jam 8.30pm

Harga 28 jun 10 jam 10.00pm

Jadi kepada anda yang telah mula menyimpan emas sebagai aset masa hadapan tahniah saya ucapkan... bagi yang belum dan masih ragu-ragu boleh hubungi saya faizbhr (010-4003998) untuk mengetahui rahsia disebalik keajaiban emas ini..

Sunday, June 20, 2010

Telefon hilang- makluman kepada semua pelanggan

Salam semua,

Mohon maaf kepada semua pelanggan saya. Kehilangan telefon menyebabkan kesukaran untuk anda semua menghubungi saya. saya berikan no baru ini 010- 4003998 019-2213998 utk anda hubungi bagi memudahkan urusniaga.. harap maklum...harga emas melonjak tinggi jangan malu2 untuk bertanya..TQ

Wednesday, June 9, 2010

Mega Gold Rush Datang Kembali

Salam semua,
memang dah lama sangat saya tak update blog ni.. Kesibukan kerja harian yg menghalang untuk meluangkan masa update blog ini..Maklumla tinggal beberapa bulan sahaja untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan..

Disamping itu, pelanggan yang semakin bertambah bijak dan celik 'EMAS' berpusu-pusu memiliki emas sebagai aset mereka.Manakan tidak, harga emas sekarang seperti sedang mendaki gunung everest... Rugi bagi mereka yang belum lagi memiliki emas dan belum lagi terbuka hati untuk menjadikan emas sebagai aset...

Tawaran hebat dari public gold, sepanjang bulan jun ini untuk menjadi agen public gold hanya RM20,000 sahaja.. Rugi sapa yang tak rebut peluang ni.. Dulu saya nak jd agen kene beli 1set agen masa tu harga naik dalam RM40K/set..sekarang ni xperlu beli set agen dengan pembelian emas public gold sebanyak RM20k, anda layak untuk menjadi agen.. tunggu apa lagi cepat jgn terlambat..

Kepada yang berminat untuk menjadi agen, sudi-sudilah hubungi saya atau emel. Saya akan bantu anda sebaik mungkin.. Orang kuala kangsar dan Perak tunggu apa lagi...

Friday, March 19, 2010

Terkini di Public Gold


Salam,
Dah lama sangat tak update blog ni sebab sibuk dengan kerja seharian. Banyak cabaran bila ‘makan gaji’ ni. Semua kena patuh pada arahan bos. Nak buat camne ‘makan gaji’ camtu la caranya.
Ok berbalik kepada emas. Harga emas sekarang ni agak stabil. Banyak artikel yang saya baca, harga emas akan naik pada bila-bila masa sahaja. Oleh kerana sentimen matawang USD dan beberapa perkara menyebabkan pergerakan harga emas sekarang ni sedikit turun dan sedikit naik.
Pada 10 Mac 2010 yang lepas saya berpeluang datang ke branch Public Gold yang baru di Ipoh. Orang Perak la ni tak payah susah-susah nak pegi penang ambil barang, Ipoh adalah cawangan yang terdekat. Di sana sayaada berjumpa dengan beberapa agen untuk berkongsi pengalaman dan idea seperti Amir, kak fiza, En Shukor dan lain-lain. Satu lagi tujuan datang sana nak tengok produk baru dari public jewellery (www.publicjewellery.com.my) dan public silver. Boleh tahan jugak design yang ada. Selepas ni, kita tak payah susah-susah pegi beli emas di kedai emas hanya tengok catalog dalam website, call agen dan barang kemas anda akan dihantar dipintu rumah. Yang paling best harga public jewel adalah lebih murah dari harga di kedai emas, tiada caj upah. Harga mengikut pasaran antarabangsa. Rugi tak beli dengan Public Jewel.
Satu lagi produk terkini dari Public Gold ialah Public Silver (1kg). Silver adalah satu lagi besi yang berharga selepas emas. Walaupun sekarang harganya masih murah, tetapi siapa yang akan tahu harga silver boleh naik seperti emas. Sekarang pun harga silver sudah menunjukkan kadar kenaikan yang tinggi. Sape-sape yang minat silver boleh order sekarang, cuma public silver jual dalam satu design sahaja sekilo jadi berat sikit la, macam pegang batu. Hehehe tapi berharga…

Sunday, February 28, 2010

Produk Baru dari Public Gold

Salam semua, dalam kesibukan bekerja saya masih lagi sempat untuk meng'update'kan blog ni.. cabaran dalam kerja dah makin rumit.. bila la nak kerja sendiri ni???

Baik satu berita baik utk semua rakyat malaysia. Public gold akan melancarkan produk terbaru iaitu Public Jewellery - ia akan memasarkan barang kemas dengan harga yang lebih murah dari harga di kedai2 emas dan boleh dijual semula.. Ini adalah pembelian barang kemas secara online yang pertama di malaysia..
Dalam era teknologi ni, ramai diantara kita takde masa nak gi shopping dan memilih barang2 dikedai.. cara yang terbaru sekarang ialah online purchase.. Bila beli di online boleh jimat minyak, tenaga dan kos..

Public Jewellery dilancarkan pada hari ini 28 februari 2010 di Putrajaya. Public gold juga telah melantik artis terkenal Diana Danielle sebagai duta bagi produk terbaru ini.

Para peminat barang kemas boleh layari www.publicjewellery.com.my untuk melihat katalog terkini dari public gold. Harga mengikut pasaran emas antarabangsa dan harga sentiasa berubah dari masa kesemasa.

Disamping itu, satu lagi komuditi yang berharga juga dikeluarkan oleh public silver iaitu silver bar. Oleh kerana harganya lebih murah dari emas silver bar hanya dijual dalam kuantiti besar iaitu 1kg.. Harga boleh semak di www.publicgold.com.my.

Jika berminat boleh hubungi faizbhr 0196346608 untuk tempahan. Sebarang pertanyaan boleh email atau hubungi saya..

Monday, February 15, 2010

Tak Cukup Duit Pun Boleh Beli Emas... Camne yer?

Salam,
Apa kabar semua? bagaimana koleksi simpanan emas anda.. Semakin berat atau masih menunggu.. Beberapa minggu lepas anda telah melihat penurunan harga emas yang sangat hebat.. Seperti yang dikatakan oleh en Shukor semasa seminar di Komplek Kelana Jaya, Masa sesuai untuk me'REMPIT' adalah apabila harga emas turun sebanyak 12% dari harga puncak. sebab sejarah telah menunjukkan bahawa harga emas telah turun sebanyak itu sahaja setiap tahun. Selepas itu, harga akan naik.. Tetapi apa yang saya tengok minggu lepas, harga emas telah turun lebih dari 12%.. itulah masa yang paling sesuai untuk membeli emas secara pukal...

Minggu lepas seorang customer saya telah membeli sekeping 5dinar. Saya panggil ustaz rahim dari Kg Gajah. Semasa proses penghantaran, kami ada berbincang dan berkongsi pendapat mengenai emas.. Dalam satu pembacaan ustaz rahim, ada satu tips bagaimana untuk membeli emas fizikal walaupun tak cukup duit..

Bagaimana???

Senang sahaja caranya.. anda boleh membeli emas fizikal dengan hanya perlu kos sebanyak separuh daripada harga emas. Harga selebihnya anda boleh bayar secara bulanan.. Dengan kaedah Arrahnu anda boleh membuat pinjaman dengan memajakkan emas yang anda beli di Arrahnu dengan menggunakan nama anda. Dengan pajakan sebanyak 60% dari harga emas anda boleh bayar baki harga emas. Bayaran secara ansuran adalah sehingga 6 bulan. Selepas selesai bayaran dan upah simpan dengan arrahnu, emas tersebut adalah milik anda.

Sebagai contoh Fauzi hendak membeli sekeping 1dinar pada harga semasa RM540. Modal yang beliau ada sebanyak RM300. Perlu modal tambahan RM240. Fauzi hanya 'lock' harga emas tersebut dan bayar RM300. Kemudian semasa serahan emas, saya dan Fauzi akan ke Arrahnu untuk pajak 1dinar tadi.Andaikan nilai emas dalam RM100/g, Jadi 1dinar (4.25g) nilai marhum RM425. Pinjaman yang diperolehi ialah 60% daripada RM450 =  RM255. Fauzi akan gunakan pinjaman tadi untuk bayar baki kepada saya. Seterusnya Fauzi hanya perlu selesaikan pinjaman dengan arrahnu secara bulanan.. Mudah bukan...

Jadi sekarang tiada halangan kepada pencinta emas untuk memiliki emas.. Yang penting adalah keazaman untuk berubah kepada emas sebagai matawang anda yang sebenar.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi/email saya..

Saturday, January 23, 2010

Tips-tips menambah keuntungan dengan EMAS

Alhamdulillah, selesai sudah seminar 'Krisis Kewangan & Peranan Emas'. Banyak maklumat yang diperolehi dari pakar ekonomi dan profesional yang berpengalaman dalam ilmu ekonomi dan emas. Semua kertas kerja telah diolah dari segi prestasi yang lepas dan dari sudut teori.
Oleh itu, saya ingin berkongsi satu perkara yang telah dibentangkan oleh En Syukor -Admin jutawanemas.com iaitu cara-cara menambah keuntungan dengan emas. Bagaimana caranya? Berkesankah cara tersebut? Disini saya akan berkongsi dari sudut teori dan praktikal tips-tips tersebut.


Tips-tips Menambah Keuntungan Dengan Emas

1. Teknik 1 : Beli emas fizikal dan simpan selama mungkin sebagai aset.
  • Emas merupakan aset yang akan naik nilainya dan paling mudah untuk ditukar kepada bentuk tunai.
  • Anda boleh cagarkan emas fizikal ke Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang dengan cepat.
    • Dengan Ar-Rahnu, semakin tinggi nilai emas = semakin banyak pinjaman
  • Sebagai contoh - Harga emas 100g pada tahun 2008 dalam lingkungan RM9500. Pada masa itu, jika  pajak di Ar-Rahnu 65% dari RM9500 kita boleh dapat pinjaman sebanyak RM6000. Pada awal tahun 2010 harga 100g dalam RM13400. 65% dari RM13400 kita boleh dapat pinjaman sebanyak  RM8700. Dari segi teori, kita telah untung sebanyak RM2700 dalam masa 2 tahun dari segi pinjaman. So, jika kita anggarkan harga emas akan naik sebanyak 23% setiap tahun. Berapa pinjaman yang kita boleh buat kalau emas tersebut disimpan dalam masa 10 tahun? Cuba anda kira..
  • Untuk warga Perak boleh pajak di Ar-Rahnu Agro Bank Kuala Kangar. Tempat-tempat lain saya akan umumkan dari masa kesemasa.
2. Teknik 2 : Beli pada harga rendah dan Jual pada harga tinggi.
  • Ini kaedah yang paling mudah, beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
  • Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.
  • Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperolehi keuntungan.
  • Terdapat 2 kaedah : Jual semua emas pada harga tinggi atau Jual emas mengikut keuntungan yang diperolehi.
  • Lagi berat emas yang kita ada lagi tinggi keuntungan yang kita dapat.
  • Praktikal - Teknik ini saya pernah cuba semasa membuka akaun GIA, Public bank. Masa beli harga RM85/gram dan target bila saya nak jual balik ialah RM100/gram.Keuntungan RM15/gram. Saya boleh jual semua emas atau saya hanya jual untuk ambik keuntungan sahaja. Sebagai contoh saya beli 100g pada mulanya 100g x RM85 = RM8500. Bila capai target saya harga telah naik 100g x RM100 = RM10000. Untung adalah sebanyak RM1500. Saya boleh jual semua dan dapat RM10000 atau jual 15g sahaja untuk ambil keuntungan RM1500.
3. Teknik 3 : Melabur sambil berniaga dengan Public Gold
  • Selain menunggu harga emas naik, berniaga emas untuk mendapat untung sampingan juga adalah teknik terbaik.
  • Keuntungan berniaga emas + kenaikan harga emas = lebih keuntungan
  • Kalau buat loan untuk invest + berniaga memang berbaloi.
  • Praktikal - Teknik ini adalah teknik yang paling lama untuk saya berfikir sebelum menjadi agen Public Gold. Sebab melibatkan wang tunai yang banyak RM40K. Dengan ilmu yang ada dan sokongan En Syukor dan Pokli saya nekad untuk buat personal loan dan menjadi agen Public Gold di Perak. Untuk 3-4 bulan ini, Alhamdulillah ramai pelangan di Perak berminat dengan emas dan membeli dengan saya. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen boleh call/sms/email saya untuk maklumat lanjut.
So dengan 3 tips tersebut sekurang-kurangnya telah memberi kita cara untuk menambah keuntungan dengan emas. Semua tips-tips tersebut telah saya praktikkan dengan jayanya supaya apa yang saya kongsi tidak sekadar teori tetapi adalah teknik yang benar-benar berkesan.

Sunday, January 17, 2010

Sehari di Seminar Krisis Kewangan & Peranan Emas

Seminar Krisis Kewangan & Peranan Emas
Dewan Malawati, Kompleks Tabung Haji
Kelana Jaya, 16 Januari 2010


Kaunter Pendaftaran


Panjang tu line up

 
Penuh satu dewan 420 orang


Barisan penceramah (En Shukor, Dr A.K.Mydin, Mr Louis Ng, Hjh Nik Mahani)


Lunch Timee...

Wednesday, January 6, 2010

Prestasi Emas Tahun 2009 -

Selamat tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010.. Tahun 2009 telah pergi buat selamanya dan semua orang akan selalu berfikir adakah azam/ objektif pada tahun 2009 telah tercapai. Perkara yang selalu kita akan fikir ialah adakah 'liabiliti' kita telah dikurangkan atau semakin membebankan? Itu terpulang pada dir masing-masing..

Untuk tahun yang baru 2010 bakal menjanjikan perkara yang sudah menjadi lumrah kenaikan harga barang... Semalam telah disiarkan dalam berita bahawa 'Harga gula naik 20sen', alasan kementerian yang bertanggungjawab ialah harga gula mentah dunia naik. Memang tidak dinafikan jika permintaan melebihi pembuatan harga akan naik. Gula pula adalah bahan asas dalam semua aktiviti masyarakat tidak kira dari lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah hingga ke sebuah kilang roti yang besar, semuanya menggunakan gula. Bila kenaikan bahan asas, yang lain akan turut sama menaikkan harga. Kita akan tengok harga teh tarik di kedai mamak akan naik, harga kuih di kedai akan naik, hatta harga roti dari kilang pun akan naik.Perkara ini tidak dapat dielakkan. Nilai wang yang kita ada makin menyusut. Kalau dulu dengan RM50 kita boleh penuhkan troli TESCO, tapi sekarang ? ? ?..

Bagaimana pula dengan harga emas dunia pada tahun 2010? Di seluruh negara pengeluar emas, rata-rata telah menyatakan bekalan emas mentah di lombong - lombong dunia telah berkurangan. Anda rasa bagaimana agaknya harga emas, samada naik atau turun? Prestasi emas dunia bagi tahun 2009 telah mencatatkan kenaikan keseluruhan sebanyak 25%. Harga emas pada awal 2009 dibuka pada USD878.20/oz dan ditutup pada USD1095.60, kenaikan sebanyak USD222.90. Itu untuk tahun 2009,  bagi tahun 2010 pelbagai andaian atau kajian bahawa emas akan naik sehingga USD1500. Betul atau tidak kita tunggu. Yang penting kita perlu memiliki dahulu emas pelaburan ini sebagai simpanan dan dari situ anda akan ketahui keuntunggannya memiliki emas.

 "Emas ... telah mengatasi bukan sahaja dolar semenjak 2000, tetapi juga mata wang-mata wang paling maju serta pasaran-pasaran bon paling maju dan pasaran-pasaran ekuiti paling maju" - Tom Fitzpatrick, chief technical analyst at CitiFX, memberitahu Reuters Insider dalam temubual televisyen.

Anda boleh rujuk dalam mana-mana artikel dalam website ekonomi di mana-mana negara. Mereka semua mula dari wang fiat ke emas fizikal. Anda rakyat Malaysia bila lagi?