Wednesday, January 6, 2010

Prestasi Emas Tahun 2009 -

Selamat tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010.. Tahun 2009 telah pergi buat selamanya dan semua orang akan selalu berfikir adakah azam/ objektif pada tahun 2009 telah tercapai. Perkara yang selalu kita akan fikir ialah adakah 'liabiliti' kita telah dikurangkan atau semakin membebankan? Itu terpulang pada dir masing-masing..

Untuk tahun yang baru 2010 bakal menjanjikan perkara yang sudah menjadi lumrah kenaikan harga barang... Semalam telah disiarkan dalam berita bahawa 'Harga gula naik 20sen', alasan kementerian yang bertanggungjawab ialah harga gula mentah dunia naik. Memang tidak dinafikan jika permintaan melebihi pembuatan harga akan naik. Gula pula adalah bahan asas dalam semua aktiviti masyarakat tidak kira dari lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah hingga ke sebuah kilang roti yang besar, semuanya menggunakan gula. Bila kenaikan bahan asas, yang lain akan turut sama menaikkan harga. Kita akan tengok harga teh tarik di kedai mamak akan naik, harga kuih di kedai akan naik, hatta harga roti dari kilang pun akan naik.Perkara ini tidak dapat dielakkan. Nilai wang yang kita ada makin menyusut. Kalau dulu dengan RM50 kita boleh penuhkan troli TESCO, tapi sekarang ? ? ?..

Bagaimana pula dengan harga emas dunia pada tahun 2010? Di seluruh negara pengeluar emas, rata-rata telah menyatakan bekalan emas mentah di lombong - lombong dunia telah berkurangan. Anda rasa bagaimana agaknya harga emas, samada naik atau turun? Prestasi emas dunia bagi tahun 2009 telah mencatatkan kenaikan keseluruhan sebanyak 25%. Harga emas pada awal 2009 dibuka pada USD878.20/oz dan ditutup pada USD1095.60, kenaikan sebanyak USD222.90. Itu untuk tahun 2009,  bagi tahun 2010 pelbagai andaian atau kajian bahawa emas akan naik sehingga USD1500. Betul atau tidak kita tunggu. Yang penting kita perlu memiliki dahulu emas pelaburan ini sebagai simpanan dan dari situ anda akan ketahui keuntunggannya memiliki emas.

 "Emas ... telah mengatasi bukan sahaja dolar semenjak 2000, tetapi juga mata wang-mata wang paling maju serta pasaran-pasaran bon paling maju dan pasaran-pasaran ekuiti paling maju" - Tom Fitzpatrick, chief technical analyst at CitiFX, memberitahu Reuters Insider dalam temubual televisyen.

Anda boleh rujuk dalam mana-mana artikel dalam website ekonomi di mana-mana negara. Mereka semua mula dari wang fiat ke emas fizikal. Anda rakyat Malaysia bila lagi?

No comments:

Post a Comment