Saturday, January 23, 2010

Tips-tips menambah keuntungan dengan EMAS

Alhamdulillah, selesai sudah seminar 'Krisis Kewangan & Peranan Emas'. Banyak maklumat yang diperolehi dari pakar ekonomi dan profesional yang berpengalaman dalam ilmu ekonomi dan emas. Semua kertas kerja telah diolah dari segi prestasi yang lepas dan dari sudut teori.
Oleh itu, saya ingin berkongsi satu perkara yang telah dibentangkan oleh En Syukor -Admin jutawanemas.com iaitu cara-cara menambah keuntungan dengan emas. Bagaimana caranya? Berkesankah cara tersebut? Disini saya akan berkongsi dari sudut teori dan praktikal tips-tips tersebut.


Tips-tips Menambah Keuntungan Dengan Emas

1. Teknik 1 : Beli emas fizikal dan simpan selama mungkin sebagai aset.
  • Emas merupakan aset yang akan naik nilainya dan paling mudah untuk ditukar kepada bentuk tunai.
  • Anda boleh cagarkan emas fizikal ke Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang dengan cepat.
    • Dengan Ar-Rahnu, semakin tinggi nilai emas = semakin banyak pinjaman
  • Sebagai contoh - Harga emas 100g pada tahun 2008 dalam lingkungan RM9500. Pada masa itu, jika  pajak di Ar-Rahnu 65% dari RM9500 kita boleh dapat pinjaman sebanyak RM6000. Pada awal tahun 2010 harga 100g dalam RM13400. 65% dari RM13400 kita boleh dapat pinjaman sebanyak  RM8700. Dari segi teori, kita telah untung sebanyak RM2700 dalam masa 2 tahun dari segi pinjaman. So, jika kita anggarkan harga emas akan naik sebanyak 23% setiap tahun. Berapa pinjaman yang kita boleh buat kalau emas tersebut disimpan dalam masa 10 tahun? Cuba anda kira..
  • Untuk warga Perak boleh pajak di Ar-Rahnu Agro Bank Kuala Kangar. Tempat-tempat lain saya akan umumkan dari masa kesemasa.
2. Teknik 2 : Beli pada harga rendah dan Jual pada harga tinggi.
  • Ini kaedah yang paling mudah, beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
  • Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.
  • Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperolehi keuntungan.
  • Terdapat 2 kaedah : Jual semua emas pada harga tinggi atau Jual emas mengikut keuntungan yang diperolehi.
  • Lagi berat emas yang kita ada lagi tinggi keuntungan yang kita dapat.
  • Praktikal - Teknik ini saya pernah cuba semasa membuka akaun GIA, Public bank. Masa beli harga RM85/gram dan target bila saya nak jual balik ialah RM100/gram.Keuntungan RM15/gram. Saya boleh jual semua emas atau saya hanya jual untuk ambik keuntungan sahaja. Sebagai contoh saya beli 100g pada mulanya 100g x RM85 = RM8500. Bila capai target saya harga telah naik 100g x RM100 = RM10000. Untung adalah sebanyak RM1500. Saya boleh jual semua dan dapat RM10000 atau jual 15g sahaja untuk ambil keuntungan RM1500.
3. Teknik 3 : Melabur sambil berniaga dengan Public Gold
  • Selain menunggu harga emas naik, berniaga emas untuk mendapat untung sampingan juga adalah teknik terbaik.
  • Keuntungan berniaga emas + kenaikan harga emas = lebih keuntungan
  • Kalau buat loan untuk invest + berniaga memang berbaloi.
  • Praktikal - Teknik ini adalah teknik yang paling lama untuk saya berfikir sebelum menjadi agen Public Gold. Sebab melibatkan wang tunai yang banyak RM40K. Dengan ilmu yang ada dan sokongan En Syukor dan Pokli saya nekad untuk buat personal loan dan menjadi agen Public Gold di Perak. Untuk 3-4 bulan ini, Alhamdulillah ramai pelangan di Perak berminat dengan emas dan membeli dengan saya. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen boleh call/sms/email saya untuk maklumat lanjut.
So dengan 3 tips tersebut sekurang-kurangnya telah memberi kita cara untuk menambah keuntungan dengan emas. Semua tips-tips tersebut telah saya praktikkan dengan jayanya supaya apa yang saya kongsi tidak sekadar teori tetapi adalah teknik yang benar-benar berkesan.

No comments:

Post a Comment