Thursday, July 7, 2011

Cabaran Krisis Kewangan


Salam semua,

Sejak 2-3 bulan ini saya mengalami beberapa cabaran krisis kewangan akibat penghijrahan dari kampung ke bandar. Pada kebiasaannya hidup di bandar lebih memerlukan perbelanjaan yang lebih dari di kampung. Saya rasa anda juga pernah mengalami masalah ini. Dalam beberapa buku dan blog yang telah saya baca untuk mencari jalan penyelesaian cabaran ini, ada beberapa tips yang berguna dan saya sedang applikasikannya.
Disini saya akan berkongsi tips2 tersebut supaya menjadi idea kepada semua.

Di dalam satu buku terbitan PTS, ada beberapa perkara yang perlu kita kaji/muhasabah sebelum menyelesaikan cabaran tersebut.
1. Berapa banyak hutang yang telah kita kumpul?
    - Senaraikan semua hutang yang ada : kad kredit, loan peribadi, loan kereta, loan belajar dll.
2. Bila target untuk selesaiakan/ kurangkan hutang tersebut?
   - Jadualkan semua hutang tersebut dan susun mengikut keutamaan yang akan selesai dahulu.

So selama sebulan saya telah berbincang bersama 'orang rumah' berapa hutang yang telah menjadi cabaran dan apakah aset / simpanan yang ada. Setelah dikaji hutang terkumpul melebihi aset terkumpul dan kemampuan bayaran bulanan.

Pening!! Pening!! Pening!!

Apa nak buat setiap bulan gaji yang diperolehi tak sampai beberapa hari telah habis untuk bayar hutang yang ada.

So ada beberapa cara untuk mengurangkan cabaran ini.. Tetapi saya tertarik dengan idea drpd 'pelabur Jutawan' - " Sumber dana itu pula tidak semestinya dari simpanan semata2, jika kita tiada simpanan maka kita boleh menggunakan sumber pinjaman dari pihak bank.


Persepsi perlu diperbetulkan, pinjaman bukan hanya untuk membeli rumah dan kenderaan semata2, pada saya adalah lebih baik jika saya gunakan pinjaman untuk membeli aset yang akan menambahkan pendapatan saya dahulu sebelum saya membeli kenderaan dan rumah yang akan mengurangkan pendapatan dan meningkatkan perbelanjaan saya.

Bila aset saya bertambah, pendapatan saya bertambah, saya boleh membeli kenderaan atau rumah pada bila2 masa sahaja, malangnya hari ini persepsi nya terbalik, lebih ramai yang suka berhutang untuk membeli sesuatu yang ternyata akan mengurangkan pendapatan mereka berbanding berhutang untuk membeli sesuatu yang akan menambahkan pendapatan mereka." (sumber : http://www.pelaburjutawan.com/)

Jadi aset yang paling mudah dan dirasakan sesuai ialah 'Emas & Perak". Memandangkan harga emas & perak turun pada minggu lepas dan dijangka akan mula naik dan melonjak ke satu tahap tertinggi yang baru. Sedikit sebanyak dapat saya kurangkan hutang yang ada dan memiliki lebih wang dari gaji bagi digunakan membeli keperluan seharian.

sambungan...

Alhamdulillah, tindakan yang dibuat sangatlah tepat kerana emas naik 50% selepas pengumuman ekonomi USA merudum.. impaknya akan berlanjutan dalam jangka yang agak lama.. so mmg tak sia2 tindkan yg diambil..