Monday, February 15, 2010

Tak Cukup Duit Pun Boleh Beli Emas... Camne yer?

Salam,
Apa kabar semua? bagaimana koleksi simpanan emas anda.. Semakin berat atau masih menunggu.. Beberapa minggu lepas anda telah melihat penurunan harga emas yang sangat hebat.. Seperti yang dikatakan oleh en Shukor semasa seminar di Komplek Kelana Jaya, Masa sesuai untuk me'REMPIT' adalah apabila harga emas turun sebanyak 12% dari harga puncak. sebab sejarah telah menunjukkan bahawa harga emas telah turun sebanyak itu sahaja setiap tahun. Selepas itu, harga akan naik.. Tetapi apa yang saya tengok minggu lepas, harga emas telah turun lebih dari 12%.. itulah masa yang paling sesuai untuk membeli emas secara pukal...

Minggu lepas seorang customer saya telah membeli sekeping 5dinar. Saya panggil ustaz rahim dari Kg Gajah. Semasa proses penghantaran, kami ada berbincang dan berkongsi pendapat mengenai emas.. Dalam satu pembacaan ustaz rahim, ada satu tips bagaimana untuk membeli emas fizikal walaupun tak cukup duit..

Bagaimana???

Senang sahaja caranya.. anda boleh membeli emas fizikal dengan hanya perlu kos sebanyak separuh daripada harga emas. Harga selebihnya anda boleh bayar secara bulanan.. Dengan kaedah Arrahnu anda boleh membuat pinjaman dengan memajakkan emas yang anda beli di Arrahnu dengan menggunakan nama anda. Dengan pajakan sebanyak 60% dari harga emas anda boleh bayar baki harga emas. Bayaran secara ansuran adalah sehingga 6 bulan. Selepas selesai bayaran dan upah simpan dengan arrahnu, emas tersebut adalah milik anda.

Sebagai contoh Fauzi hendak membeli sekeping 1dinar pada harga semasa RM540. Modal yang beliau ada sebanyak RM300. Perlu modal tambahan RM240. Fauzi hanya 'lock' harga emas tersebut dan bayar RM300. Kemudian semasa serahan emas, saya dan Fauzi akan ke Arrahnu untuk pajak 1dinar tadi.Andaikan nilai emas dalam RM100/g, Jadi 1dinar (4.25g) nilai marhum RM425. Pinjaman yang diperolehi ialah 60% daripada RM450 =  RM255. Fauzi akan gunakan pinjaman tadi untuk bayar baki kepada saya. Seterusnya Fauzi hanya perlu selesaikan pinjaman dengan arrahnu secara bulanan.. Mudah bukan...

Jadi sekarang tiada halangan kepada pencinta emas untuk memiliki emas.. Yang penting adalah keazaman untuk berubah kepada emas sebagai matawang anda yang sebenar.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi/email saya..

No comments:

Post a Comment