Friday, March 19, 2010

Terkini di Public Gold


Salam,
Dah lama sangat tak update blog ni sebab sibuk dengan kerja seharian. Banyak cabaran bila ‘makan gaji’ ni. Semua kena patuh pada arahan bos. Nak buat camne ‘makan gaji’ camtu la caranya.
Ok berbalik kepada emas. Harga emas sekarang ni agak stabil. Banyak artikel yang saya baca, harga emas akan naik pada bila-bila masa sahaja. Oleh kerana sentimen matawang USD dan beberapa perkara menyebabkan pergerakan harga emas sekarang ni sedikit turun dan sedikit naik.
Pada 10 Mac 2010 yang lepas saya berpeluang datang ke branch Public Gold yang baru di Ipoh. Orang Perak la ni tak payah susah-susah nak pegi penang ambil barang, Ipoh adalah cawangan yang terdekat. Di sana sayaada berjumpa dengan beberapa agen untuk berkongsi pengalaman dan idea seperti Amir, kak fiza, En Shukor dan lain-lain. Satu lagi tujuan datang sana nak tengok produk baru dari public jewellery (www.publicjewellery.com.my) dan public silver. Boleh tahan jugak design yang ada. Selepas ni, kita tak payah susah-susah pegi beli emas di kedai emas hanya tengok catalog dalam website, call agen dan barang kemas anda akan dihantar dipintu rumah. Yang paling best harga public jewel adalah lebih murah dari harga di kedai emas, tiada caj upah. Harga mengikut pasaran antarabangsa. Rugi tak beli dengan Public Jewel.
Satu lagi produk terkini dari Public Gold ialah Public Silver (1kg). Silver adalah satu lagi besi yang berharga selepas emas. Walaupun sekarang harganya masih murah, tetapi siapa yang akan tahu harga silver boleh naik seperti emas. Sekarang pun harga silver sudah menunjukkan kadar kenaikan yang tinggi. Sape-sape yang minat silver boleh order sekarang, cuma public silver jual dalam satu design sahaja sekilo jadi berat sikit la, macam pegang batu. Hehehe tapi berharga…

No comments:

Post a Comment