Sunday, November 8, 2009

Makan Gaji tetapi KAYA ?

Saya letih hidup kais bulan makan bulan!!! Anda bagaimana?

Kita mengatur hidup berdasarkan wang gaji iaitu sebulan gaji. Dengan gaji yang ada kita gunakan untuk bayar ansuran rumah, kereta, 'loan' belajar, insurans, bil-bil, petrol, wang poket, belanja dapur dan simpanan masa depan. Apabila gaji bulan depan diterima, kita akan meneruskan tradisi seperti bulan-bulan yang lain bagi menyelesaikan komitmen sebulan. Tetapi bila tiba musim perayaan atau 'SALE' ramai diantara kita akan terlebih belanja daripada kemampuan, lebih teruk lagi bila kita gunakan 'Kad Ajaib' - Belanja dulu, Bayar kemudian.

'Kad Ajaib' - kad kredit yang kita gunakan boleh dikatakan setiap minggu sekali. Kad kredit adalah bom jangka. Jika kita tidak beringat semasa menggunakannya, kita akan rungsing hingga akhir hayat. Jika habis hingga akhir hayat takpe, tapi boleh juga membebankan anak2 kita untuk langsaikan hutang.

Saya selalu terfikir apa akan jadi jika kita terlalu bergantung dengan sumber yang satu. Yang paling ditakuti, jika kita sakit, kemalangan dan kurang upaya, Apakah jaminan pekerjaan kita ini untuk menyara keluarga dimasa hadapan.

" Satu tiang asas yang kukuh tidak pasti dapat menyokong rumah yang hebat atau besar"

Sebab itu senario masa kini, ramai diantara kita akan mencari pendapatan sampingan bagi menampung lebihan perbelanjaan. Ramai memang ramai.. ada yang berjaya dan ada yang rugi.. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan kerana anda berjaya membina tiang tambahan yang kukuh bagi menyokong rumah yang hebat. Bagi yang rugi, akan cuba mencari cara lain untuk menampung hutang yang 'hebat'.
Saya nak cerita pengalaman saya.. Tahun 2007 mula bekerja dengan gaji RM 2000 sebulan. Hutang saya masa tu RM 35,000 - loan belajar. Jadi kene bayar sebulan RM 250. Baki gaji RM 1750. Selepas dapat jawatan tetap, saya beli sebuah kereta 'Wira' dengan ansuran bulanan RM 500. Hutang semakin bertambah jadi RM 35,000 + RM 40,000 = RM 75,000.

Selepas cukup setahun, teringin nak kawin pulak. Saya bersyukur kerana sepanjang setahun tu ada simpanan sebanyak RM 8,000. Itu mana cukup, saya buat 'personal loan' sebanyak RM 6000. Nasib baik parent banyak membantu untuk kenduri. Belanja barang hantaran terguna 'kad ajaib' pulak total untuk 2 kad kredit RM 6000. So hutang bertambah jadi RM 75,000 + RM 6000 + RM 6,000 = RM 87,000.

Jumlah ansuran bulanan saya :-

  • Loan Belajar - RM 250
  • Kereta - RM 500
  • Kad Kredit - RM 600 (kad 1 - RM 300, Kad 2 - RM 300)
  • Jumlah - RM 1350

Gaji saya sekarang RM 2500, baki yang saya ada sebulan ialah RM 1150 (tidak tolak bayar sewa rumah, bil-bil dan belanja bulanan)

So, Macamana saya nak langsaikan hutang2 ni. itu baru 2 tahun bekerja. Selepas ini, dapat anak atau nak beli rumah dll????
Oleh yang demikian, saya cuba mencari cara yang mudah dan berpotensi tinggi bagi menjana pendapatan tambahan tanpa mengganggu prestasi saya di tempat kerja. Bagaimana? Apa dia? Bacalah blog ini, biar saya cuba dahulu kemudian anda ikut. jika saya gagal, saya akan larang anda untuk ikut langkah saya.

" Beza antara orang berjaya dan sebaliknya adalah pada keinginan melakukan yang sukar"

1 comment: