Kalau nak beli emas fizikal, beli ajer. Anytime is a good time - Shukor jutawanemas.com
Wednesday, December 23, 2009
Monday, December 21, 2009
'Merempit' EMAS dengan ArRahnu AGRO Bank
Dalam kesibukan kerja masih sempat lagi saya datang ke seminar Public Gold yang diadakan di Putrajaya. Bukan apa nak tambah ilmu dan nak tahu perkembangan emas terkini, satu lagi nak support 'upline' (mcm MLM pulak). Mesti support sifu kita, sebab merekalah yang membuka minda emas rakyat Malaysia.
Ok, pada kali ini saya nak kongsi pengalaman pajak emas PG di AGRO Bank Kuala Kangsar. Pagi tadi call dulu, tanya samada terima emas jongkong dan syiling tak? mereka jawab terima as long as EMAS.. So time rehat saya pegi AGRO bank untuk tanya lebih lanjut.
Terima kasih kepada Pn Fuzillah dari unit kredit kerana banyak membantu dan beri tunjuk ajar berkaitan pajakan emas di AGRO bank. Sebagai percubaan saya gunakan syiling emas 999 seberat 50g untuk 'rempit'
permulaan. Ada beberapa test :-
1. Test berat = lulus 50g
2. Test ketulenan = lulus Emas 24K.
Dari segi nilai marhum 50g = RM6965.00. Sebagai pajakan pertama kali, hanya 60% dari nilai marhum sahaja yang boleh dipinjam. So saya ambil RM4000 jer. Upah hanya RM250.74 untuk 6 bulan.
Tak sampai 1/2 jam, boleh dapat duit. Nak buat ape dgn duit ni?? Saya akan beli lagi emas untuk stok simpanan saya. Macamana saya nak bayar semula pinjaman ni dalam tempoh 6 bulan? Tunggu saya akan kongsi bersama bagaimana keuntungan diperolehi dengan kaedah 'MEREMPIT' ni.. Salam Emas...
Saturday, December 12, 2009
Harga Emas dah turun... Sampai Bila???
Salam, Dah lama tak update rasanya.. Baiklah dalam seminggu ni saya sibuk untuk menguruskan pendaftaran saya sebagai agen Public Gold. Banyak dugaan sebenarnya... 1. Harga emas naik secara mendadak. 2. Tidak pasti bila masa sesuai nak lock harga. Tapi alhamdulillah akhirnya pada 4 Disember 2009 saya telah berjaya untuk menjadi agen.
Rezeki setiap insan telah ditentukan Allah, jadi saya redha dengan penurunan harga emas ini. Tetapi alhamdulillah, ramai yang bertanyakan tentang emas PG pada hari pertama saya menjadi agen dan ada juga yang lock harga dengan saya.
Pada hari Jumaat lepas (4 Disember 2009) US telah mengumumkan kadar pengangguran di US menurun. Selepas itu, nilai matawang USD telah naik dan harga emas turun. Memang tak tido dibuatnya..Tapi bila difikir2 balik ini adalah petanda baik.. Sebab apa, dari bacaan saya di website jutawanemas.com bila harga turun adalah masa sesuai untuk menambah stok emas kita. Duit dah takde camne nak beli???
Senang je, guna khidmat Ar-rahnu untuk dapat modal.. Macamane yer? Saya pun tengah belajar dengan sifu-sifu yang ada.. Nanti bila dah try saya akan kongsi bersama.. 11 Disember 2009 harga emas ditutup pada USD1115.10, sape ada modal boleh lock harga ni.. Rugi tak lock sekarang harga runtuh ni sempena Year&Sales (YES).. Sampai bila harga emas akan turun yerk??
Hubungi/sms saya faizbhr 019-6346608 untuk lock harga emas anda... salam emas..
Subscribe to:
Posts (Atom)


