Wednesday, November 25, 2009

Gold Investment Account - Public Bank

Alhamdulillah, saya dah simpan 5 keping 1 dinar utk permulaan. Tapi kali ini saya nak kongsi pengalaman lalu semasa belum cukup ilmu tapi tindakan dah ambil. Iaitu pelaburan emas dalam Gold Investment Account (GIA) di Public Bank.

Saya telah buka GIA pada 23 Okt 2008 harga emas pada masa tu RM84.99/gram. Nak bukak GIA minimum kena 20gram. So 20g x RM84.99 = RM 1699.80. Nasib baik ada kawan kat bank tu so dia tunjukkan cara2 nak bukak. Isi borang untuk GIA dan kena buka saving acc. Then dapatlah buku GIA seperti di bawah :-

Mula2 nak tambah lagi tapi sebab asyik nak tunggu bila harga nak turun. Dari hari ke hari harga tak turun2 jugak. Bila turun rasa tamak pulak, sebab asyik fikir mesti akan turun lagi. Akhirnya, harga emas dah melambung. Target masa bukak GIA dulu nak tunggu RM120/g. Tapi bila bulan Feb 09 harga emas naik RM 104.97/g, kalau masa kita akan rasa harga emas takkan naik lagi sebab masa tu trend tak menunjukkan harga emas akan melambung macam sekarang. So malas nak tunggu harga macam target, saya jual balik 10gram. So 10g x RM104.97 = RM1049.70

Nak cerita untung pulak:-
  • Beli : 10g x RM84.99 = RM849.90
  • Jual : 10g x RM104.97 = RM1049.70
  • Beza : RM1049.70 - RM849.90 = RM199.80
  • Untung dalam lebih kurang 4 bulan = RM199.80
  • Peratus keuntungan = 23.5% dalam masa 4 bulan.

Keuntungan 23.5%, banyak ker? Banyak la tu, sape nak bagi keuntungan simpanan sampai 24% dalam 4 bulan.

Sekarang harga terkini pada 25 Nov 09 :-

Harga pada 25 Nov 09 Selling RM131.02 dan Buying RM 125.92. So tak mustahil target yang saya impikan tetap akan tercapai, cuma kita kena sabar. Jika saya jual 10g lagi pada hari ini. Berapa keuntungan saya yer??? kiralah..

Thursday, November 19, 2009

Indahnya Memiliki Emas

Alhamdulillah, akhirnya dengan hati yang tenang berjaya juga membeli emas. Walaupun dinar emas, tapi cukup berbaloi memilikinya sebagai langkal awal.

Saya telah membeli 2 keping 1 Dinar pada harga RM 567 sekeping. Takde lah susah sangat. Kalau nak senang dan cepat terus call agen PG. Saya cuma nak testing perkhidmatan PG. Payment pun dah buat dan just tunggu esok delivery camne...

20 Nov 2009 - Tunggu punya tunggu tak call2 kedai PG ni.. kenapa yer? Bila saya call pukul 12pm, baru saya tahu emas yang di order tidak dapat diberi pada hari ini. Person incharge di PG hanya cakap akan call bila dapat kenal pasti agen yang terdekat. Sampai malam tunggu2 tak call2 jugak.. kenapa yer?

21 Nov 2009 - Harga emas akhirnya tutup $1150.90, belek2 blog pokli dan ghazali(ipoh). Teringin nak tambah stok, sebab ghazali nak ke PG bkt jambul. So pagi saya call ghazali, dia ondaway ke penang. Saya order 3 keping 1 dinar dan duit dah bank-in dalam acc ghazali. Sekarang tengah tunggu ghazali singgah k. kangsar. Tapi ofis PG masih belum call saya, utk inform siapa yang akan hantar emas yang saya order khamis lepas.. So harapan saya sekarang maybe PG kirim dengan ghazali sekali kot..

Akhirnya, penantian penuh dugaan berakhir. Jam 9.30pm, Agen ustaz wan baru call, dia akan hantar 2 keping 1 dinar esok petang atau isnin pagi. itupun, dia pas pada agen kuala kangsar Pn Rabiatul. Baru rasa lega sikit. Ini memberi kesedaraan kepada saya bahawa aspek 'customer first' perlu diterapkan supaya pelanggan tidak tertanya-tanya sebab duit dah bank-in banyak.
Satu lagi berita baik, jam 10.30pm ghazali ada sms. 3 keping 1 dinar saya akan dihantar esok kerana masalah yg tak dapat dielakkan. So semua status emas saya sudah diketahui.. Baru rasa lega.. So tunggu esok untuk melihat hasilnya.

22 Nov 09 - Finally, jam 3.30pm penantian 3 keping 1 dinar telah berakhir. Terima kasih pada ghazali kerana dapat hantar harini. Semoga perkenalan ini dapat mengembangkan lagi bisnes emas di Perak. Ok hanya tinggal 2 keping, maybe esok so tunggu je la.

Kesimpulan daripada pengalaman saya ini, kepercayaan daripada pengguna kepada agen amatlah penting. Kami sedaya-upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya pelanggan tidak perlu tunggu lama. Sebab itu, dalam artikel yang lepas 'Integriti dalam diri' ada saya bincangkan supaya mengamalkan 4 sifat para nabi & rasul. Jati diri ini perlu ada pada setiap agen/ individu. Cuma perlu ada cara untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya pelanggan akan cari kita sampai bila-bila.

Monday, November 16, 2009

Harga Emas Melambung lagi

Bagaimana harga emas boleh melambung.. Banyak pihak ada menerangkan mengenai perkara ini. Dari pemerhatian saya, harga emas ini melambung banyak bergantung pada nilai US dolar dan berita2 yang berkaitan dengan emas. Sebagai contoh pada 3 Nov 2009 - India membeli emas sebanyak 200 tan drpd IMF, harga emas terus melonjak hingga $1100 ke atas.

Pada Jumaat lepas harga emas turun sedikit sehingga $1103, selepas itu penghujung Jumaat harga emas ditutup pada $1118. Dalam hari Sabtu dan Ahad berbagai cerita mengenai harga emas akan melonjak lagi.

Awal pagi hari ini (16 Nov 09) berita nilai dolar merosot dan melonjakkan nilai emas sehingga $1130. Ini sesuatu yang dapat dikaji mengenai harga emas. Harga emas banyak bergantung daripada nilai dolar dan berita yang berkaitan ekonomi.

Ini pandangan saya, banyak lagi yang perlu saya belajar. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak saya dapat melihat dari mata kasar bila masa yang sesuai untuk menjual/membeli emas.